SELAMAT DATANG!

>> Thursday 1 November 2012

Selamat datang ke laman web Mesra Pet Shop!

Mesra Pet Shop adalah kedai haiwan kesayangan dan klinik haiwan patuh syariah yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk keperluan dan kesejahteraan haiwan kesayangan anda.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah penjualan makanan dan aksesori haiwan kesayangan, rawatan haiwan kesayangan, vaksinasi dan nyahcacing, pemandulan haiwan kesayangan, penjagaan kesihatan haiwan kesayangan, penggayaan haiwan kesayangan, penginapan haiwan kesayangan dan khidmat nasihat tentang haiwan kesayangan.

Perkhidmatan yang disediakan mungkin berbeza-beza di cawangan Mesra Pet Shop. Anda boleh menghubungi cawangan Mesra Pet Shop terbabit untuk mengetahui lebih lanjut. Klik pautan di bahagian atas laman web ini untuk mendapatkan maklumat cawangan Mesra Pet Shop.

Oleh kerana Mesra Pet Shop berdedikasi dalam menjalankan perniagaan berlandaskan syariah, kami tidak menjual haiwan yang haram di sisi agama Islam dan juga tidak membenarkan haiwan berkenaan memasuki premis kami. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan, dan terima kasih kerana memahami.

Selain daripada itu, kami mengalu-alukan kehadiran anda dan haiwan kesayangan anda di mana-mana cawangan Mesra Pet Shop, yang berada di Bangi, Kajang, Putraya, Seri Kembangan dan Shah Alam. Kami tidak sabar hendak berjumpa haiwan kesayangan anda yang comel!

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP